BLOG

DIAM-DIAM MENGHARAPKAN ORANG LAIN GAGAL 

Kita sering melihat dunia ini sebagai sebuah perlumbaan besar. Semua orang bersaing satu sama lain. Kita percaya ada nasib baik dan nasib buruk. Sayangnya nasib baik atau keberuntungan tidak cukup untuk semua orang. Bila ada orang lain yang mengalami nasib buruk, kadang tidak sedar Anda pun bernafas lega. Bernafas lega kerana bukan Andalah yang gagal, jatuh, ditinggalkan pasangan, dihujat orang, atau dipecat atasan.

Hampir setiap manusia secara lahiriah kadang memiliki perasaan iri hati atau cemburu. Dan tanpa kita sedari kita sering merasakan kegirangan besar atas kegagalan yang menimpa orang lain. Kegagalan yang menimpa orang lain membuat hidup kita terasa lebih baik. Banyak di antara kita yang mengukur kejayaan dari kehidupan orang lain, kegagalan orang lain menjadi sebuah kejayaan bagi Anda.

Hidup ini memang tentang perjuangan, namun ingatlah selalu bahawa hidup bukanlah permainan menang-kalah ‘atas orang lain’. Jangan jadikan kegagalan orang lain sebagai pijakan kejayaan Anda. Bayangkan bila keadaan berbalik arah dan Andalah yang ada dalam posisi kegagalan.

Temukanlah tolak ukur pembanding lain ‘yang lebih menyenangkan’ dan mampu Anda kejar dengan penuh semangat.Kita semua tentu tidak ingin menjadi predator bagi yang lainnya bukan? ... hanya saling mengingatkan.

Salam Sukses ... Tuhan Memberkati

No comments:

Post a Comment